Wall Street Bullish Lepas Data PPI!

415

Indeks-indeks utama Wall Street meningkat pada hari Khamis susulan kemerosotan ketara inflasi pengeluar Amerika Syarikat mengangkat jangkaan Federal Reserve (Fed) untuk menghentikan kitaran pengetatannya.

Ketika ditutup pada sesi New York, Dow Jones Industrial naik 1.1% kepada 34,029.70, manakala S&P 500 pula meningkat 1.3% kepada 4,146.21 dan Nasdaq lonjak 2% pada 13,109.39.

Indeks US30 juga lebih tinggi sekitar 33,981 pada sesi Asia.

Dengan catatan terendah sejak Januari 2021, inflasi pengeluar tahunan dilaporkan meningkat 2.7% pada bulan lepas, menurun daripada 4.9% yang dicatatkan pada Februari.
Ini sekali gus menunjukkan tekanan harga di AS semakin mereda, ditambah pula dengan terbitan data inflasi pengguna yang turut merosot kepada 5% pada Mac berbanding 6% sebelumnya.
Lonjakan dalam indeks utama dipacu oleh peningkatan dalam saham teknologi besar, menyaksikan Alphabet (Google) naik 2% dan Apple meningkat 3%.

Walaupun meningkat, tetapi pasaran tetap berwaspada pada hari Jumaat memandangkan laporan pendapatan bank akan dikeluarkan. Ini termasuk daripada JPMorgan Chase & Co, Citigroup Inc dan Wells Fargo & Company.

Pada masa yang sama, tumpuan juga akan disasarkan kepada terbitan data jualan runcit dan keyakinan pengguna AS pada sesi New York.

Jom intai peluang-peluang yang disajikan oleh INTRADAY melalui program komuniti, pendaftaran akaun trading dan bermacam-macam lagi. Untuk info lanjut, KLIK DI SINI.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat