Wallet Whale Ini Kembali Aktif Selepas 6 Tahun, Hantar ETH Ke Bulan!

479

Mata wang kripto kedua terbesar di dunia Ethereum (ETH) buat pertama kali selepas The Merge berjaya mendaki lebih 12% pada paras harga $1,500 sementara had pasaran kripto memperoleh $50 bilion dengan lonjakan 6%.

Diperjelaskan bahawa wallet whales ETH bertukar aktif setelah enam tahun berdiam diri dengan memindahkan lebih $20 juta.

Buktinya, para whales menggerakkan 15,000 ETH ke wallet kosong semasa aset digital tersebut didagangkan pada zon $1,483 dan mempunyai modal pasaran sebanyak $181.7 bilion.

Walaupun ETH mengalami momentum penjualan yang kuat sejak beberapa kebelakangan ini, pemulihan harga semalam telah mengakibatkan ETH mempunyai $800 juta dalam pasaran short liquidations*.

*Apabila harga aset kripto menurun, kedudukan leveraj pedagang terpaksa ditutup, disebabkan margin tidak mencukupi untuk menampung kerugian

Lonjakan harga yang berlaku itu juga adalah disebabkan pemulihan positif dalam pasaran ekuiti Amerika Syarikat (AS).

Malah, ETH turut menunjukkan pembetulan positif hasil daripada S&P 500 memperoleh 1.63%.

Pada sumber berbeza, Cardano (ADA) dan Dogecoin (DOGE) turut membuat peningkatan harga drastik dengan Bitcoin (BTC) mandaki 5% melepasi paras harga $20,000.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat