WallStreetBets Lancarkan Token WSB di BSCstarter Hari Ini!

1,558

WallStreetBets, nama yang tidak asing lagi setelah komunitinya mencetuskan lonjakan saham GameStop (GME) sehingga hampir 2000% pada Januari.

Terkini, WallStreetBets dikhabarkan mahu melancarkan token WSB dengan kerjasama antara BSCstarter dan WallStreetBets DApp (WSB DApp).

Bagi yang tidak tahu, WSB DApp adalah aplikasi desentralisasi yang dikuasakan oleh WallStreetBets.

Ia menyediakan instrumen kewangan di blockchain yang menyamai dana indeks. Pada masa yang sama ia juga boleh mempelbagaikan portfolio pada kos yang rendah dengan pulangan jangka panjang yang kuat.

Token WSB dijangka akan dilancarkan menerusi Initial Dex Offering (IDO) di platform BSCstarter. Penawaran token menjadi sah dengan undian oleh komuniti BSCstarter. Proses pengumpulan dana dikatakan berlaku secara automatik.

IDO dijaduakan bersiaran pada hari ini, 20 April jam 10 malam waktu Malaysia.

Sama ada ia berstatus token sekuriti ataupun tidak, pelabur berpotensi boleh membaca whitepaper yang disediakan WSB di sini.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat