Warner Music Lancarkan NFT POAP Untuk Peminat Muzik!

353

Warner Music Group (WMG) mendedahkan kerjasama dengan Proof of Attendance Protocol (POAP) untuk merekodkan kenangan atau kehadiran secara digital dalam bentuk NFT untuk peminat yang menghadiri acara muzik bermula dengan konsert daripada Kevin Gates dari syarikat Atlantic Records.

POAP (disebut ‘Poh-ap’) merupakan satu teknologi yang menggabungkan kenangan dan pengalaman dalam satu bentuk NFT, menjadi bukti digital kehadiran atau penyertaan pemiliknya dalam mana-mana program.

Difahamkan kerjasama dengan WMG sebenarnya membuka kepada ganjaran menarik. Peminat dan pemilik POAP diberi peluang untuk mengakses airdrop, pengundian, ruang sembang peribadi, kandungan eksklusif, dan banyak lagi.

Selain Gates, Oliver Tree turut akan menggunakan POAP untuk meraikan kehadiran peminatnya dalam pelancaran album terbaharu, Cowboy Tears, dan banyak lagi artis akan menyusul.

Melihat kepada kesungguhan WMG dalam mengekalkan interaksi bersama peminat, dikhabarkan sebanyak lebih 4.5 juta POAP dihasilkan untuk lebih separuh juta peserta.

Tidak akan terhenti di sini, WMG juga merancang untuk terus meneroka dan melakukan inovasi ketika dalam kolaborasi bersama POAP.

Ketua pegawai operasi POAP, Isabel Gonzalez menyifatkan NFT ini sebagai game-changer untuk artis yang mahu berhubung dengan peminatnya.

Sedar atau tidak, penerimaan POAP dalam ekosistem WMG sekaligus akan membawa pendedahan yang luas terhadap keunikkan NFT ini kerana ia berbeza dengan NFT sedia ada.

Selain WMG, peranti wallet matawang kripto dan NFT, Ledger juga telah membuat kerjasama dengan POAP untuk siri terhad Ledger Nano S Plus.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat