Warren Buffett Sudah Jual Semua Saham TSMC!

454

Jutawan Warren Buffett rupanya telah menjual kesemua sahamnya dalam syarikat pembuatan semikonduktor Taiwan (TSMC).

Dalam pemfailan pada hari Isnin, Berkshire Hathaway mengatakan bahawa ia tidak lagi memegang kepentingan dalam syarikat pembuat cip terbesar dunia itu setakat akhir suku pertama.

Perkara ini tidak mengejutkan pelabur kerana sedia maklum Buffett sebelum ini telah berulang kali menyatakan kebimbangan mengenai masa depan Taiwan disebabkan pertikaiannya dengan China.

Ekoran itu, beliau secara beransur-ansur mengurangkan pegangan TSMC dalam beberapa bulan kebelakangan ini.

Pada bulan Februari, Berkshire mendedahkan bahawa ia telah menjual 86% sahamnya dalam syarikat itu, yang dibeli dengan harga $4.1 bilion beberapa bulan sebelumnya.

Penjualan itu dianggap luar biasa kerana Buffett terkenal dengan pendiriannya membuat pertaruhan jangka panjang.

Dengan menjual baki saham yang masih dipegangnya, ia melengkapkan penyingkiran TSMC oleh ikon pelaburan dunia itu.

Walaupun telah menjual saham, Buffett tetap memuji TSMC sebagai salah satu syarikat yang diurus dengan baik dan paling penting di dunia.

Namun, disebabkan krisis Taiwan dan China serta Amerika Syarikat, beliau melepaskan pegangannya dalam syarikat itu.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat