Waspada Dagangan GBP/USD Menjelang Mesyuarat BOE

723

Data PMI perkhidmatan UK yang diterbitkan pada sesi Eropah semalam nyata gagal untuk menyokong dagangan Pound Sterling untuk mengukuh berbanding US dolar.

Harga pada carta pasangan mata wang GBP/USD pada Rabu semalam kekal menunjukkan corak penurunan harga walaupun pada kadar yang perlahan berbanding penurunan di hari sebelumnya.

Di samping pelabur menantikan laporan data pekerjaan NFP Amerika Syarikat (AS) pada Jumaat, tumpuan pasaran terarah dahulu kepada mesyuarat polisi monetari bank pusat England pada hari ini.

Bank of England (BOE) dijangka akan terus mengekalkan kadar faedah di paras terendah 0.10%, namun kenyataan susulan oleh Gabenor Andrew Bailey akan menjadi tumpuan bagi petunjuk berkenaan kadar faedah negatif yang menjadi kontroversi sebelum ini.

Pergerakan harga pada carta GBP/USD juga dilihat kekal bergerak di bawah paras halangan Moving Average 50 (MA50) pada rangka masa 1 jam di mana halangan tersebut diuji beberapa kali semalam namun harga tetap gagal melepasinya.

Penurunan harga yang dipamerkan semalam juga tidak mencapai paras terendah pada hari sebelumnya namun masih mencecah sekitar zon RBS (resistance become support) tersebut.

Penurunan harga dilihat bersambung pada sesi Asia pagi ini (Khamis) menuju zon RBS 1.36000.

Momentum yang berjaya harga kekalkan dan melepasi 1.36000 akan mendorong penurunan lebih rendah harga dengan jangkaan ke zon RBS 1.35300 atau paras tumpuan 1.35000.

Sebaliknya jika harga melonjak semula dari zon RBS 1.36000, halangan dinamik MA50 akan diuji sebelum harga yang tembus ke paras lebih tinggi akan memberi isyarat awal perubahan trend bullish.

Kenaikan harga seterusnya akan kembali semula menguji zon resistance 1.37000 sebelum ini dengan paras ketinggian pada 1.37500 masih gagal ditembusi selepas diuji pada minggu-minggu sebelum ini.

Lihat gambar carta pasangan mata wang GBP/USD di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.

Carta yang dipaparkan di atas menggunakan platform SaracenMarkets, buka akaun trading anda di SaracenMarkets hari ini. – KLIK SINI

 

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat