Waspada Krisis Perang, Pantau Pergerakan AUD/USD Menjelang Mesyuarat RBA

290

Setelah kenaikan harga dipaparkan pada penghujung dagangan minggu lalu di carta pasangan mata wang AUD/USD, harga kembali dibuka lebih rendah semula pada permulaan dagangan awal minggu ini dengan perbezaan gap sekitar 50 pips.

Ini adalah berikutan perkembangan krisis peperangan Rusia-Ukraine terus berlarutan sehingga hari ini menyebabkan sentimen pasaran kekal tidak menentu.

Walaupun terdapat laporan bahawa Rusia bersedia untuk berunding dengan Ukraine, namun pelabur masih melihat risiko krisis yang terus meningkat setelah berlaku pencerobohan ganas Rusia di Ukraine sejak minggu lalu.

Kedua-dua mata wang US dolar dan dolar Aussie masing-masing adalah sensitif terhadap sentimen pasaran, justeru sebarang perkembangan terbaru berkenaan krisis tersebut akan memacu pergerakan mata wang.

Pembukaan harga di sesi Asia awal pagi ini dilihat kembali semula ke zon tumpuan pada 0.71800 selepas kenaikan harga pada penutup dagangan minggu lalu mencapai paras rintangan pada 0.72300.

Pelabur berkemungkinan kekal berwaspada di awal minggu sementara menunggu isyarat lebih jelas untuk arah pergerakan harga selanjutnya.

Sekiranya harga cenderung untuk menyambung penurunan, zon support harga pada 0.71000 terlihat sebagai sasaran yang bakal diuji seperti penurunan pada minggu lalu.

Untuk penurunan lebih rendah meneruskan trend bearish, harga dijangka bakal mencecah sehingga ke paras 0.70000.

Sebaliknya jika kenaikan harga kembali berlaku, rintangan awal yang akan diuji harga adalah pada 0.72300 semula.

Seterusnya, kenaikan yang diteruskan pula bakal menuju zon rintangan pada 0.72800 yang dicapai harga pada minggu lalu sebelum terjunan ketara harga berlaku susulan reaksi perang yang tercetus.

Pelabur juga akan turut memberi tumpuan terhadap mesyuarat polisi bank pusat Australia pada Selasa yang bakal mempengaruhi pergerakan mata wang dolar Aussie.

Lihat gambar carta harga pasangan AUD/USD di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.

Carta yang dipaparkan di atas menggunakan platform SaracenMarkets, buka akaun trading anda di SaracenMarkets hari ini. – KLIK DI SINI – MULA TRADE SEKARANG

Jadi Subscriber VIP INTRADAY
Sertai bersama lebih 30,000 subscribers VIP kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang forex trading.
* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat