Waspada! NFP Jadi Penentu Hala Tuju USD

265

Kewaspadaan pelabur menyelubungi pasaran sesi Asia menjelang pengeluaran data pekerjaan NFP Amerika Syarikat pada malam ini (sesi new York).

Mendahului pergerakan pasaran pada Jumaat adalah raja mata wang US dolar yang sedikit demi sedikit mencatat peningkatan untuk pulih dari kerugian yang dicatatkan pada awal minggu.

Hasil perbendaharaan AS 10 tahun juga kembali menunjukkan peningkatan dengan bangkit lebih kukuh pada sekitar tahap 3.80%.

Dengan jangkaan yang sedikit suram, pekerjaan AS diramalkan bertambah lebih perlahan pada September daripada angka yang dicatatkan bulan sebelumnya. Namun, kadar pengangguran dijangka tidak berubah pada 3.7%.

Rentetan daripada keuntungan yang dipamerkan US dolar, kebanyakan mata wang utama terpaksa berundur semula.

Mata wang berkaitan komoditi antara yang memaparkan penurunan ketara, menyaksikan dolar Aussie, kiwi dan loonie masing-masing menghapuskan keuntungan pada sesi Asia.

Selain pengukuhan semula USD, euro turut terkesan dengan laporan minit mesyuarat Bank Pusat Eropah (ECB) yang menunjukkan beberapa pembuat dasar lebih memilih kenaikan lebih kecil dalam kadar faedah iaitu sebanyak 50 mata asas.

Bank pusat itu telah menaikkan kadar sebanyak 75 mata asas pada mesyuarat bulan lepas dalam satu langkah agresif untuk membendung inflasi yang semakin menular di Zon Eropah.

Sementara itu, pound pula mencatat penurunan sederhana di tengah-tengah ketiadaan pemangkin utama untuk merangsang pergerakan mata wang itu.

Secara keseluruhannya, pergerakan mata wang dilihat mendatar pada sesi Asia berikutan kewaspadaan pelabur menjelang data utama NFP AS.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat