Waves (WAVES) Bakal Cetuskan Gelombang Dalam Pasaran Kripto?

348

Waves sebuah platform blockchain yang berasaskan multi-purpose yang menyokong pelbagai kes penggunaan termasuk aplikasi yang tidak berpusat (DApps) dan kontrak pintar.

Dilancarkan pada Jun 2016 oleh Alexander Ivanov (juga dikenali sebagai Sasha Ivanov) seorang saintis kelahiran Ukraine.

Menariknya, Waves telah menembusi sektor non-fungible tokens (NFTs) dengan NFT pertama, Waves Duck dikenali sebagai ‘Perfection’ telah terjual pada 1 juta Neutrino USD (USDN) pada 12 April yang lalu di Sign Art.

USDN ialah stablecoin algotrima yang bersandarkan pada AS dolar dan disatukan dengan token natif Waves, WAVES.

Baru-baru ini, Waves pula melancarkan Node 1.3 Jumeirah di mainnet.

Kemas kini ini menambah ciri-ciri inovatif kepada pengguna ekosistem Waves.

Mari teliti carta pergerakan semasa harga WAVES/USDT.

Waves telah menarik perhatian pelabur setelah mencetuskan rekod yang baik dalam pasaran apabila telah membuat lonjakan lebih 700% dengan paras ketinggian sepanjang masa (ATH) di paras harga $41.33 pada 4 Mei 2021 dan susut semula apabila dipengaruhi kejatuhan harga Bitcoin (BTC).

Untuk jangkaan seterusnya, pergerakan harga bakal memasuki ruangan zon SBR (support become resistance) sekitar $18-$20 dimana zon tersebut dilihat sukar untuk ditembusi oleh Waves sebelum ini.

Sekiranya pergerakan harga berjaya menembusi paras rintangan tersebut, jangkaan untuk membuat kenaikan lebih tinggi bakal berlaku untuk menuju ke zon SBR seterusnya.

Namun jika pergerakan harga Waves kembali menyaksikan corak penurunan, paras sokongan $12-$14 yang pernah dicapai sebelum ini bakal diuji sekali lagi dan bakal menjadi pemerhatian para pelabur.

Sewaktu penulisan, Waves didagangkan $16 melonjak 4% dalam tempoh 24 jam. Koin berada di kedudukan ke-56 dengan nilai pasaran langsung lebih $1.7 bilion.

Lihat gambar carta matawang kripto WAVES/USDT di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat