‘Whales’ Kripto Mula Beraksi, Menariknya Whale Ketiga Terbesar Ini Jadi Perhatian!

1,909

Kelompok ‘Whales’ dah mula berasksi dalam pasaran kripto sejak kebelakangan ini sepertimana yang dijejak melalui aktiviti alamat ‘wallet’ mereka. Whales Bitcoin ketiga terbesar didapati telah menambah BTC bernilai $28 juta pada beberapa hari lalu.

Wallet ketiga terbesar BTC sering menjadi perhatian dalam kalangan peneliti kerana acap kali tindak tanduknya sering memberi impak kepada pasaran. Sebelum ini identiti tersebut telah mula menjual pada harga BTC $44,000, lantas harga pasaran BTC selepas itu turut jatuh. Senario ini tidak selalunya selari namun ia kerap memenuhi jangkaan pasaran.

Setakat ini identiti ini telah menujukkan strategi jangka masa panjang yang jelas dalam pengumpulan dan ‘buy the dip’.

Baru-baru ini kelompok paus terbesar ketiga ini telah membeli sejumlah 730 BTC dalam dua hari terakhir pada harga purata sekitar $38,400. Pembelian pertama bernilai sekitar $12 juta, dan ia berlaku semalam pada harga $38,200, dan kemudian identiti tersebut itu menambah 318 BTC.

Pada hari ini, identiti tersebut menambah lagi 412 BTC lagi yang bernilai hampir $16 juta pada harga purata $38,500. Sejak penambahan tersebut harga BTC melonjak kepada sekitar $42,00. Berdasarkan alamat wallet paus tersebut, identiti tersebut memiliki 126,341 BTC secara keseluruhan.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat