Whales Rebut Kripto Chainlink, Harga Sasar $9 Pula!

303

“Pelabur rasa LINK ni berpotensi tak untuk masa hadapan?”

Chainlink (LINK) akhirnya berjaya menjadi antara altcoin mendominasi pasaran mata wang kripto apabila menunjukkan momentum kuat dan positif semasa Bitcoin (BTC) sejak kebelakangan ini menyaksikan pergerakan mendatar.

Menerusi pemerhatian, whales adalah salah satu sebab utama harga LINK melonjak tinggi susulan mereka telah berpusu-pusu membeli aset digital tersebut, jadi di sini perlu diketahui volum dagangan hariannya mencatatkan kenaikan 787%.

Pada 26 Julai dua hari lepas, LINK telah menembusi $8.10 dan reaksi tersebut membawa makna bahawa jumlah dagangan aset digital itu mencanak lebih 100% pada $344 juta berbanding hari sebelumnya yang berada pada $211 juta.

Setakat ini pada tahun 2023, altcoin merekodkan jumlah transaksi tertinggi bernilai lebih $1 juta setelah address kripto yang memegang 100,000 sehingga 10 juta LINK didapati berterusan membeli aset digital itu secara pantas.

Rentetan itu, terdapat penganalisis yang berpandangan LINK akan meneruskan pergerakannya ke zon rintangan baharu pada $9 susulan harganya baru-baru ini telah melepasi $7.70.

Dari segi kemajuan pembangunan blockchain pula, LINK berjaya melancarkan Cross-Chain Interoperability Protocol (CCIP) secara rasmi pada mainnet Avalanche (AVAX), Ethereum (ETH), Optimisme (OP) dan Polygon (MATIC).

Suka dimaklumkan bahawa CCIP telah diperkenalkan sebagai standard global sumber terbuka yang bertujuan untuk melaksanakan pemesejan antara blockchain decentralized, data termasuk pergerakan token.

Bagaimanapun, harga LINK pada masa ini telah membuat penurunan semula sebanyak 1.73% pada $7.81 dengan modal pasaran $4 bilion.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat