WhatsApp Dan Facebook Kena Siasat?

583

Lembaga Persaingan Turki mendedahkan bahawa mereka telah melancarkan penyiasatan terhadap WhatsApp dan pemiliknya Facebook Inc setelah aplikasi pesanan ringkas tersebut meminta pengguna untuk bersetuju membiarkan Facebook mengumpulkan data pengguna termasuk nombor telefon dan lokasi.

Menurut sebuah kenyataan bertulis, lembaga berkenaan menyatakan bahawa pihaknya memutuskan agar syarat pengumpulan data harus ditangguhkan sehingga siasatan selesai.

Untuk pengetahuan semua, WhatsApp telah mengemas kini syarat perkhidmatannya pada Rabu lalu, yang membolehkan Facebook dan anak syarikatnya mengumpulkan data pengguna. Tarikh akhir bagi menyatakan persetujuan dengan syarat baru adalah pada 8 Februari.

Manakala syarikat aplikasi pesanan pesaing mereka iaitu Signal dan Telegram sejak itu telah menyaksikan peningkatan permintaan secara mendadak.

Selain itu, pemerintah Turki telah menyasarkan syarikat media sosial dengan sekatan dan denda baru sejak ia meluluskan undang-undang pada bulan Julai yang mendorong pengawasan tempatan syarikat asing. Walau bagaimanapun, pengkritik mengatakan bahawa undang-undang itu menyekat perbezaan pendapat dari rakyat Turki yang menggunakan platform atas talian setelah pemerintah memperketat cengkaman media arus perdana.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat