WHO Beri Amaran Baharu Supaya Dunia Bersiap Sedia

2,215

Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) memberi amaran bahawa dunia perlu bersiap-sedia untuk menghadapi penularan wabak yang seterusnya pada masa akan datang.

Menurut Ketua WHO, Tedros Adhanom Ghebreyesus menggesa semua negara agar melakukan pelaburan dalam sektor perubatan awam.

Wabak Covid-19 yang melanda dunia ketika ini telah ‘melumpuhkan’ seketika kehidupan manusia sejak penyakit berkenaan dikenal pasti di China pada Disember tahun lalu.

Sehingga kini, lebih 27.19 juta orang dijangkiti wabak terbabit dan seramai 888,326 orang dilaporkan meninggal dunia angkara Covid-19.

“Ini bukanlah pandemik yang terakhir. Sejarah mengajar kita bahawa wabak dan pandemik adalah satu fakta dalam kehidupan.

“Tetapi apabila pandemik seterusnya berlaku, dunia perlu bersedia, lebih bersedia daripada sekarang,” kata Ghebreyesus.

Dunia menyaksikan beberapa pandemik telah mengorbankan ramai manusia dalam tempoh lebih 100 tahun lalu.

Antara pandemik yang meragut ramai nyawa adalah penularan selesema Sepanyol pada 1918 yang mengorbankan lebih 40 juta orang.

Selain itu, wabak maut hitam yang berlaku sekitar 1346-1353 di Eropah dikatakan meragut lebih 200 juta mangsa. Wabak berkenaan berpunca daripada sejenis bakteria dan disebarkan oleh kutu.

 

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat