WHO Beri Amaran Omicron, Malaysia Berdepan Penularan Varian XBB?

510

Menurut ketua agensi teknikal Covid-19 Maria Van Kerkhove, Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) telah mengesan penyebaran lebih 300 sub varian Omicron di seluruh dunia.

Beliau menyatakan kebimbangan melalui akaun Twitternya pada Rabu lalu tentang peningkatan kadar penyebaran varian tersebut serta risiko jangkitan semula.

Van Kerkhove berkata, varian Omicron adalah paling dominan di seluruh dunia pada masa ini, dengan hampir 80% sub variannya merupakan jenis varian BA.5.

Menurut beliau lagi, kebimbangan terus memuncak apabila pakar melihat perkembangan kenaikan kes penyebaran varian XBB pada sesetengah negara.

XBB merupakan sub varian dari 2 jenis varian BA.2 iaitu BA.2.10.1 dan BA.2.75.

Beliau menambah, varian XBB masih terkawal namun mereka akan terus memerhati tentang perkembangan varian tersebut.

Perkembangan dalam negara juga turut berkisar tentang varian XBB tersebut apabila Menteri Kesihatan Khairy Jamaluddin (KJ) turut menjangkakan peningkatan jumlah kes Covid-19 dalam tempoh beberapa minggu mendatang selepas mengesan gelombang kecil jangkaitan varian XBB di Malaysia.

Menurut beliau, varian XBB telah dikesan di Malaysia namun setakat ini belum lagi mendorong peningkatan kemasukan pesakit ke hospital dan juga kematian.

Tidak perlu untuk panik, namun KJ mengharapkan rakyat kekal berjaga-jaga ketika negara masih dalam peralihan kepada fasa endemik.

Dilaporkan sebelum ini Menteri Kesihatan Singapore telah memaklumkan jumlah kes jangkitan Covid-19 di negara itu meningkat sejak bulan lalu disebabkan oleh penularan varian XBB dengan jangkaan gelombang penularan varian itu akan memuncak pada pertengahan November.

Justeru, faktor itu telah mencetuskan kebimbangan untuk kebarangkalian peningkatan kes jangkitan akan turut berlaku di Malaysia, namun buat ketika ini pihak Kementerian belum lagi bertindak melaksanakan sebarang langkah sekatan, termasuk arahan pemakaian pelitup muka.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat