Wlibur Ross: Sekatan Ke Atas Huawei Akan Ditangguhkan Selama 90 Hari Lagi!

192

Setiausaha Perdagangan Amerika Syarikat (AS), Wilbur Ross telah tampil memberi kenyataan pada hari ini bahawa AS akan menangguhkan sekatan yang dikenakan oleh pentadbiaran Trump ke atas Huawei selama 90 hari lagi.

Menurut Ross, beberapa syarikat telco di AS bergantung pada Huawei, justeru penangguhan 90 hari adalah tindakan yang sepatutnya. Tambah Ross, pentadbiran AS memberi sedikit masa kepada mereka mengatur langkah. Tarikh terakhir adalah sekitar 19 November, Jabatan perdagangan mengatakan mereka telah bersetuju untuk menambahkan 46 syarikat subsidari Huawei ke dalam senarai.

Huawei merupakan syarikat terbesar China dari sudut kiraan jualan dan menjadi isu utama dalam hubungan perdagangan antara China dan Amerika Syarikat. Di sisi Huawei, pada bulan ini Huawei telah mengumumkan OS mereka sendiri HarmonyOS. Dikatakan OS ini akan menjadi pengganti Android.

Menurut kebanyakkan penganalisis, syarikat teknologi dan syarikat perunding yang berurusan dengan Huawei akan terkesan dan hal ini akan mengurangkan pertumbuhan syarikat.

Sebelum ini, Jabatan Perdagangan AS telah memberikan lesen sementara kepada pelanggan-pelanggan Amerika Syarikat selepas pentadbiran Trump memasukkan syariakat Huawei ke dalam senarai syarikat yang disenarai hitam. Dengan lesen sementara ini, Google dibenarkan untuk menawarkan kemas kini.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat