Woof! Kenapa Binance Staking Sampai 4 Trilion SHIB Ni?

187

“Hmmm agaknya ‘anjing’ mana yang boleh naik dulu, SHIB ataupun DOGE?”

Tindakan syarikat gergasi exchanger mata wang kripto Binance ini berjaya memberi impak positif terhadap pergerakan harga memecoin kedua terbesar, Shiba Inu (SHIB) sejak awal tahun 2023 selepas merosot secara berterusan.

Dilaporkan bahawa Binance menghantar 4 trilion SHIB bernilai $36 juta ke dalam wallet tidak diketahui melalui satu transaksi sahaja.

Menurut penerangan Shibburn, Binance telah mempertaruhkan (staking) dana tersebut menggunakan platform kewangan decentralized ShibaSwap.

Namun sebelum staking 4 trilion SHIB, Binance didapati secara pantas mengeluarkan sekitar 12.6 trilion SHIB bernilai $116.2 juta daripada platform berikut.

Dalam pada itu, Shiba Archives yang merupakan projek non-fungible token (NFT) paling membangun telah berkongsi maklumat bahawa Binance berhasrat membeli lagi SHIB selepas menjadi pemegang terbesar memecoin itu.

Sebagai sebahagian daripada rancangannya untuk memperoleh aset Voyager Digital, syarikat tersebut telah menambah SHIB bernilai $76 juta dan Ethereum (ETH) berharga $255 juta.

Sementara itu, kadar pembakaran SHIB menyusut sebanyak 26% dalam tempoh 24 jam lalu, di mana setakat ini sekitar 29.8 juta SHIB telah dibakar.

Setakat penulisan ini, harga SHIB yang raih sebanyak 5% dalam tempoh 24 jam terakhir telah menyusut pada paras 0.00007 sementara jumlah dagangannya pula maju sekitar 77% pada $450 juta.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat