Woof Woof! Burger Shiba Inu Bakal Ke Dubai Pula!

208

“ Baguslah SHIB ni, tak pernah mengalah untuk tewaskan pesaingnya DOGE.”

Perkembangan Shibarium dan permainan koleksi kad (CCG) yang bertemakan burger Shiba Inu (SHIB) berjaya memberi impak positif terhadap pergerakan harga memecoin kedua terbesar tersebut sejak awal tahun 2023.

Menerusi pemerhatian, harga SHIB melonjak sebanyak 2.64% pada paras $0.00001157 dalam tempoh 24 jam lalu dengan volum dagangannya bernilai $223 juta.

Suka dimaklumkan bahawa SHIB sejak dahulu lagi telah memeterai perjanjian bersama Restoran Welly, tetapi komunitinya semakin teruja apabila restoran yang membuat burger bertemakan memecoin itu ingin meluaskan cawangan mereka di Dubai.

Diperjelaskan lagi, komuniti SHIB akan memiliki 15% pegangan saham Welly dan pembangun memecoin itu yang bernama Shytoshi Kusama telah meluluskan projek baharu IRL (in-real-life) itu.

Menurut akaun Twitter digelar Mazrael yang menitikberatkan komuniti SHIB, Shiba Eternity diwujudkan selepas permainan CCG yang dilancarkan sejak Oktober 2022 semakin diminati oleh para pelabur susulan memberi pelbagai pengalaman unik. 

Berbalik kepada Shibarium, ia adalah blockchain layer-2 yang berfungsi sebagai penawaran perkhidmatan kepada metaverse, Web3 ataupun permainan untuk mengembangkan lagi kewangan decentralized

Setakat penulisan ini, harga SHIB berada pada zon $0.00001145 tetapi memecoin itu dijangka bakal melepasi paras $0.000018 dalam tempoh terdekat ini. 

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat