Wow! Berita Gembira Untuk Rakyat AS!

789

Menurut kenyataan yang dikemukakan oleh pesuruhjaya, Pentadbiran Makanan dan Dadah AS (FDA) menjangkakan bahawa 20 juta rakyat Amerika akan dapat divaksin pada tahun ini yang didorong oleh tinjauan 10 Disember mengenai vaksin coronavirus yang dibangunkan oleh Pfizer.

Namun begitu, Pesuruhjaya FDA,Stephen Hahn enggan memberikan masa tertentu mengenai tempoh kelulusan vaksin yang dibangunkan oleh Pfizer dan BioNTech tetapi menyatakan harapan beliau agar keputusan akan diperolehi pada bulan ini.

Tambahnya lagi, beliau akan menjadi individu yang pertama dan mengalakkan keluarganya untuk menerima suntikan vaksin berkenaan.

Selain itu, pesuruhjaya itu juga telah mengadakan perbincangan ketika perjumpaan di White House bersama Ketua Staf Mark Meadows untuk menentukan waktu vaksin.

Di samping itu, kebanyakan pegawai persekutuan mengharapkan agar kelulusan vaksin dapat diperolehi dalam tempoh beberapa hari selepas mesyuarat pada 10 Disember, namun seorang pegawai FDA baru-baru ini mengatakan bahawa keputusan berkenaan boleh memakan masa berminggu-minggu.

Tambahan daripada itu, pesuruhjaya FDA berkenaan mendedahkan bahawa beliau belum mengadakan perbincangan dengan Presiden terpilih Joe Biden. Manakala perbincangan mengenai pengedaran vaksin sedang dikendalikan oleh Jabatan Kesihatan dan Perkhidmatan Manusia.

Sementara itu, kelulusan vaksin yang cepat akan menjadi salah satu kemenangan politik bagi pemerintahan Presiden Donald Trump kerana telah mendorong rawatan yang berkesan untuk membantu mengembalikan kehidupan normal dan memulihkan ekonomi AS yang teruk.

Melalui Program Operasi Warp Speed, mereka ​​telah menandatangani perjanjian dengan beberapa syarikat pembuat ubat dalam usaha untuk membantu mempercepat pencarian rawatan yang berkesan untuk memerangi wabak global.

Baru-baru ini, Britain berada selangkah di hadapan Amerika Syarikat kerana telah meluluskan vaksin Pfizer Covid-19.

Manakala Biden telah memilih 2 bekas pegawai pentadbiran Obama untuk memegang jawatan kanan untuk membantu memerangi Covid-19, termasuk pelantikan Jeff Zients sebagai penyelaras Coronavirus White House.

 

Jadi Subscriber VIP INTRADAY
Sertai bersama lebih 30,000 subscribers VIP kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang forex trading.
* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat