WOW! Bitcoin To The Moon Dengan Jangkaan Nilai 20x Ganda!

546

Macam mustahil tetapi pengasas bersama Gold Bullion International, Dan Tapiero yakin matawang kripto Bitcoin (BTC) akan lebih mahal dengan enam digit nilainya.

Tapiero menjelaskan Bitcoin kini mendominasi seluruh pasaran aset dan turut mencadangkan pelabur wajar untuk memiliki emas dan Bitcoin pada masa yang sama.

“Lagi lima tahun, emas mungkin bernilai $4,000, dua kali ganda daripada nilai terkini. Jika benar berlaku, Bitcoin mungkin bernilai sekitar $300,000 dan $500,000. Meningkat 20, 30 kali ganda!” ucapnya di dalam rancangan podcast.

Tapiero lebih yakin, menyatakan tiada siapa dapat menyangkal kenyataan tersebut kerana lonjakan tersebut tidak mustahil akan berlaku.

Jelas Bitcoin merupakan perlindungan bagi sistem fiat. Jika permodalan pasaran mencecah trilion dolar, lebih mudah untuk pelabur besar untuk menguruskan aset tersebut.

Hal itu juga turut merangkumi kepada pemilikan emas sebagai aset simpanan nilai, salah satu aspek Bitcoin. Tetapi Bitcoin lebih daripada itu kerana ia juga merupakan ‘seluruh rangkaian’ dan itu menyebabkan aset tersebut lebih besar berbanding emas.

Ketua Pegawai Pelaburan Off The Chain Capital, Brian Estes turut berpendapat Bitcoin akan melepasi $100,000 dalam satu tahun dan mungkin lebih tinggi sehingga $288,000 pada hujung 2021.

Ketika penulisan, harga BTC didagangkan pada $19,031 melonjak 3.28% daripada penyusutan awal pagi tadi.

 

Jadi Subscriber VIP INTRADAY
Sertai bersama lebih 30,000 subscribers VIP kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang forex trading.
* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat