Wow! China Berjaya Pintas Amerika

574

China mengatasi Amerika Syarikat sebagai penerima pelaburan langsung asing (FDI) terbesar apda tahun 2020, tahun di mana aliran global secara keseluruhan terjejas teruk akibat krisis pandemik coronavirus.

FDI menjunam 42% pada tahun 2020, ke sekitar $859 bilion dari $1.5 trilion pada tahun sebelumnya. Ini adalah tahap terendah yang pernah dicatatkan sejak tahun 1990 an dan 30% lebih rendah ketika dunia dilanda krisis kewangan global pada 2008-2009.

Sebuah agensi perdagangan PBB melaporkan pada hari Ahad bahawa, China telah membawa masuk $163 bilion pada tahun lalu, berbanding Amerika Syarikat sebanyak $134 bilion.

Pertumbuhan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) yang positif dan program fasiliti pelaburan telah membantu peningkatan dalam pelaburan di China setelah penutupan coronavirus pertama di negara itu.

Di antara sektor China, industri berteknologi tinggi menyaksikan peningkatan FDI sebanyak 11%, sementara penggabungan dan pengambilalihan rentas sempadan pula meningkat sebanyak 54% kebanyakannya dalam industri teknologi maklumat dan komunikasi dan industri farmaseutikal.

Sementara itu, aliran ke Amerika Utara merosot 46% menjadi $166 bilion dan aliran masuk ke Amerika Syarikat sahaja turun 49% kepada anggaran $134 bilion pada tahun 2020.

Dalam pada itu, keadaan di Eropah bertambah buruk, dengan aliran turun dua pertiha kepada $4 bilion negatif. Di United Kingdom, FDI jatuh kepada sifar, dan penurunan dicatatkan di negara-negara besar lain.

Di peringkat global, agensi PBB menjangkakan pelaburan langsung asing akan tetap lemah pada tahun 2021 kerana ketidakpastian berikutan evolusi pandemik Covid-19.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat