Wow! Honduras Sekarang Juga Terima Transaksi Dalam Bitcoin (BTC)

193

‘Harapnya Malaysia pun boleh bina bandar kripto sendiri nanti.’

Honduras menjadi antara negara terbaharu yang melaksanakan inisiatif ‘Bitcoin Valley’ dalam urus niaganya.

Difahamkan sebuah bandar pelancongan kecil, Santa Lucia menerima mata wang digital Bitcoin (BTC) dalam transaksi harian bagi meningkatkan hasil pelancongannya.

Ulas pemilik pusat membeli-belah Cesar Andino, inisiatif tersebut membuka lebih banyak peluang untuk penggemar kripto menggunakan aset mereka selain membawa lebih ramai pelancong ke dalam bandar itu.

Andino menambah lagi bahawa penerimaan transaksi dalam BTC membuka peluang pasaran baru dan pada masa sama pelanggan baru, selain menzahirkan keterujuaan peralihan ke era lebih globalisasi.

Menurut sumber, bandar tersebut mula menerima penggunaan BTC pada 28 Julai lalu selain dolar Amerika Syarikat (AS) dan Lempira Honduras.

Sebagai makluman, kerajaan perbandaran Santa Lucia membangunkan program ‘Bitcoin Valley’ tersebut dengan aplikasi kripto Coincaex, Blockchain Honduras dan Universiti Teknologi Honduras.

Diperincikan lagi Coincaex menyediakan peralatan dan perkhidmatan pembayaran kripto sementara Blockchain Honduras memberi didikan tentang dompet kripto.

Untuk gambaran transaksi tersebut, melalui Coincaex pelanggan akan menghantar coin dan nilai BTC tersebut akan ditukar dalam Lempira serta-merta bagi mengelakkan kerugian daripada turun naik harga.

Dalam pada itu, peniaga tempatan dilihat menyambut baik program tersebut dengan harapan ia akan membawa masuk lebih ramai pelanggan pasca era pandemik Covid-19.

Ini bukan kali pertama sebuah bandar menerima transaksi BTC, di mana El Salvador menjadi yang pertama mengadaptasi BTC sebagai mata wang rasmi kerajaan.

Selain itu, Guatemala juga melaksanakan inisiatif tersendiri melalui pembinaan kawasan pelancongan Lake Atitlan yang dipanggil ‘Bitcoin Lake’.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat