Wow! Singapura Jadi Negara Asia Pertama Luluskan Vaksin!

481

Singapura hari ini menjadi negara Asia pertama yang meluluskan vaksin coronavirus Pfizer-BioNTech dan suntikan vaksin berkenaan akan mula diberikan pada akhir tahun ini.

Menurut Perdana Menteri Lee Hsien Loong, beliau akan menjadi antara penerima awal di negara kota yang memiliki penduduk seramai 5.7 juta individu, serta mencatatkan kadar kematian terendah di dunia akibat daripada Covid-19. Tambahan daripada itu, negara tersebut didakwa akan mendapat bekalan vaksin yang mencukupi untuk semua orang pada suku ketiga tahun depan.

Selain itu, beliau mendedahkan bahawa dirinya termasuk warga emas akan mendapatkan suntikan vaksin lebih awal serta menyatakan bahawa vaksin itu adalah selamat dan akan diberikan kepada pekerja kesihatan dan warga emas.

Di samping itu, Singapura juga telah menandatangani perjanjian pembelian lanjutan dan membuat pembayaran awal bagi calon vaksin yang dibangunkan oleh Moderna dan Sinovac, dengan mengasingkan lebih daripada $ 1 bilion untuk mendapatkan dos vaksin.

Berdasarkan kenyataan yang dikemukakan oleh pegawai kesihatan tertinggi negara itu, Kenneth Mak, Singapura telah mendapatkan bekalan vaksin yang mencukupi untuk semua penduduk. Namun, beliau enggan memberikan perincian mengenai perjanjian yang dibuat dengan syarikat pembuat vaksin.

Untuk pengetahuan semua, Singapura telah mengemukakan pengumuman berkenaan vaksin tersebut setelah Amerika Syarikat melancarkan program vaksinasinya, dengan pesawat kargo dan trak yang membawa vaksin coronavirus didakwa telah keluar dari pusat FedEx dan UPS di Tennessee dan Kentucky semalam dalam perjalanan ke pusat pengedaran AS.

Bukan itu sahaja! Amerika Syarikat, Kanada, dan segelintir negara lain dikhabarkan telah meluluskan vaksin Pfizer Inc dan BioNTech. Selain itu, China dan Rusia juga telah menggunakan vaksin yang dibangunkan secara tempatan.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat