Wujudnya Subjek Kripto Lepas Ni Akan Kurangkan “Katak Bawah Tempurung”

165

Ibu bapa dan graduan kolej Amerika Syarikat yang mendalami ilmu serta melibatkan diri dalam mata wang kripto percaya topik kripto harus diajar di sekolah agar pelajar mempelajari tentang masa depan ekonomi dan mempelbagaikan pelaburan.

Buktinya, tinjauan yang dikeluarkan daripada platform pendidikan dalam talian Study.com menyatakan 64% daripada ibu bapa dan 67% daripada graduan kolej beriktikad bahawa mata wang kripto mesti menjadi sebahagian daripada pendidikan wajib supaya masyarakat tidak menjadi seperti katak di bawah tempurung.

Namun begitu, kedua-dua kumpulan tersebut mempunyai falsafah yang berbeza tentang blockchain, Metaverse dan non-fungible token (NFT) kerana hanya 40% percaya mata pelajaran kripto harus dimasukkan dalam kurikulum.

Semasa mengambil bahagian dalam tinjauan, 884 ibu bapa serta 240 graduan kolej Amerika harus membekalkan ilmu yang secukupnya tentang teknologi blockchain, kripto, NFT dan Metaverse.

Menurut pusat penyelidikan data Pew, 88% rakyat Amerika memberikan perhatian tentang mata wang kripto, manakala 16% penduduk Amerika Syarikat giat melabur dan memperdagangkan mata wang kripto.

Pada waktu yang sama, tinjauan mendapati ibu bapa serta graduan kolej yang melabur dalam kripto telah menyumbang sejumlah wang kepada pendidikan kripto.

Menyungguhkan kebenaran, tiga perempat ibu bapa telah memberikan $766 kepada pendidikan kripto anak-anak mereka dan tiga perempat graduan membelanjakan $1,086 bagi mempelajari pendidikan tersebut.

Sementelahan itu, Universiti Connecticut dan Arizona State University adalah antara kolej berpangkalan di A.S yang memperkenalkan kursus pengenalan teknologi blockchain dan aplikasi kripto agar dapat mempelajari cara mengurus mata wang kripto termasuklah bagaimana aset digital sedemikian boleh memberi impak positif kepada ekonomi.

Intihanya, institusi pendidikan bertanggungjawab membantu kumpulan pelajar tentang pengetahuan kripto kerana trend ini akan menjadi tunjang utama kepada kebanyakan pekerjaan baharu yang berkait daripada persekitaran Web3.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat