WW III? G7 Gesa PBB Ambil ‘Tindakan Segera’ Terhadap Korea Utara

234

‘Ingat perang dunia tercetus dari Rusia, sekali Korea Utara lah punca.’

Group of 7 (G7) meminta Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) segera mengambil ‘langkah penting’ sebagai respon terhadap serangan peluru berpandu balistik yang ditembak oleh Korea Utara.

Difahamkan Majlis Keselamatan PBB bakal bertemu dengan Korea Utara pada hari ini atas permohonan Amerika Syarikat (AS) bagi membincangkan beberapa siri pelancaran peluru berpandu yang dilepaskan pada tahun ini.

Lantaran daripada itu, ahli G7 yang dianggotai AS, Jepun, Jerman, Britain, Perancis dan Itali mahukan tindak balas penyatuan dan teguh oleh masyarakat antarabangsa terhadap tindakan Korea Utara tersebut.

Menurut sumber bahawa Pyongyang telah menguji kemampuan capaian peluru berpandu balistiknya ke AS selepas memberi amaran tentang ‘tindak balas ketenteraan berskala besar’ kepada Washington pada Jumaat lalu.

Perkara tersebut secara tidak langsung meningkatkan kebimbangan keselamatan dunia dengan G7 mengatakan ujian Korea Utara tersebut sebagai ‘tindakan melulu’ dan ‘keganasan melampau’ yang melanggar resolusi PBB.

Sebagai rekod, Korea Utara mulai rancak melepaskan peluru berpandu selepas Korea Selatan dan AS bekerjasama untuk menjalankan aktiviti ketenteraan.

Ketika itu, Korea Utara memandang perbuatan tersebut sebagai provokasi keamanan diantaranya dengan Korea Selatan lantas melepaskan beberapa das tembakan peluru berpandu sebagai amaran.

Ia kemudian diikuti beberapa siri pelancaran peluru berpandu lain sehingga ada yang terjatuh berdekatan kawasan perairan Korea Selatan.

Tindakan itu secara tidak langsung menggusarkan warga global dengan Korea Utara dilihat seolah-olah melancarkan provokasi dengan memperagakan kuasa nuklear yang dimilikinya.

Jadi Subscriber VIP INTRADAY
Sertai bersama lebih 30,000 subscribers VIP kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang forex trading.
* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat