XOX Beli Kelab Bola Sepak Perak FC Dengan Harga RM1

505

‘Walaupun Din Dolar penyokong setia Terengganu FC, berita ini cukup menceriakan hati beliau dan juga penyokong bola sepak tanah air.’

Tatkala ini Perak FC yang sedang bersaing dalam liga Perdana Malaysia terus dibelenggu dengan kemelut isu hutang dan tunggakkan gaji pemain mengiringi kesuraman kem latihan pasukan.

Namun, nasib Perak FC bakal berubah apabila XOX Pro Sport Sdn Bhd, anak syarikat milik penuh XOX Bhd menurunkan tandatangan pengambilalihan dengan Impact Media & Communication Sdn Bhd.

Difahamkan perjanjian penjualan saham tersebut akan menyaksikan 100% kepentingan ekuiti Perak FC Sdn Bhd dibeli oleh XOX Pro pada harga RM1.

Menerusi pemfailan XOX dalam Bursa Malaysia, harga belian telah dilakukan atas dasar ‘rela beli, rela jual‘ dengan mengambil kira kerugian Perak FC selepas cukai, hutang tertunggak dan kesukaran dalam beroperasi.

Terang XOX, Perak FC memiliki kerugian selepas cukai pada RM7.1 juta setakat 31 Disember 2021 dengan hutang bersihnya berjumlah RM3.5 juta.

Selain itu, syarikat menambah bahawa pengambilalihan tersebut diharapkan dapat membuka peluang untuk mereka meluaskan lagi pengaruh ekosistemnya dengan menggabungkan dalam sukan bola sepak. Sungguhpun begitu, XOX dikatakan tidak akan menanggung sebarang hutang luar jangka dan jaminan yang timbul daripada cadangan pengambilalihan tersebut.

Dalam pada itu, pengambilalihan Perak FC tersebut tidak akan berlaku dengan sekelip mata kerana terdapat beberapa syarat yang perlu dipenuhi dalam tempoh 24 bulan dari tarikh perjanjian penjualan saham.

Antara syarat yang perlu dipenuhi adalah isu kewangan serta perihal undnag-undang Perak FC oleh XOX Pro dan Media Impact dalam melunaskan hutang, yang dijangka selesai pada suku ke-3 2024.

Ringkasan mengenai Imapct Media dan Perak FC, pengarah agensi pengiklanan tersebut iaitu Rehana Mohd Abbass dan Mohamad Aimran Razif Roslan memiliki 2,500 terbitan saham berjumlah RM2,500 ke dalam pasukan.

Setakat tengah hari tadi, saham XOX Bhd didagangkan kekal 1.5 dengan modal pasaran sebanyak RM56.6 juta.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat