XRP Bakal Sentuh $1, Adakah Semudah Itu?

613

“XRP capai $1 dalam masa terdekat ini? Agaknya bila tu eh?”

Memandangkan mata wang kripto Ripple (XRP) terus mempamerkan daya tahannya, seluruh komunitinya semakin bersemangat dalam menjangkakan harga aset digital tersebut bakal mencecah $1 dalam masa terdekat ini.

Bagaimanapun, XRP harus bergantung pada pelbagai sentimen sekiranya ingin mencapai kejayaan diingininya, antara isu penting adalah pertempuran undang-undang antara XRP serta Suruhanjaya Sekuriti dan Bursa (SEC) Amerika Syarikat (AS).

Hal ini kerana XRP berpotensi meningkat tinggi apabila kes tersebut berpihak kepada aset digital itu tetapi jika situasi bertukar sebaliknya maka harganya bukan sahaja susut drastik malah sukar untuk capai $1.

Pun begitu, penurunan dalam bekalan tersedia untuk kripto tertentu menunjukkan keupayaan lonjakan harga XRP, di mana 247,016 XRP yang dikeluarkan daripada edaran sepanjang 30 hari lalu telah menyebabkan kadar purata hariannya sekitar 8,233 token.

Namun, seorang jurutera software kakitangan senior XRP mendedahkan bahawa pengurangan dalam jumlah bekalan aset digital tersebut adalah sebab utama akaun pada Ledger XRP dipadamkan.

Oleh demikian, pembakaran token XRP telah mencetuskan pelbagai pendapat berbeza-beza susulan sesetengahnya percaya pengurangan ketara dalam bekalan dapat mempengaruhi nilai XRP manakala segelintirnya berpandangan ia akan beri kesan positif terhadap aset digital itu.

Umum mengetahui aktiviti rangkaian XRP mengalami penurunan ketara, di mana jumlah urus niaganya sejak bulan lepas telah tergelincir sebanyak 15.86% dan kini jumlah volum urus niaga dalam rangkaiannya adalah $632 juta.

Sementara rangkaian XRP turut menyaksikan penurunan 84.51% dalam address aktif sepanjang tujuh hari lepas dan kini bilangan address aktifnya adalah sebanyak 24,363, oleh itu perlu diketahui aktiviti rangkaian dapat memainkan peranan penting dalam memacu harga XRP.

Menerusi pemerhatian, XRP dijangka akan melepasi $0.58 pada 31 Disember 2023 dan kini harganya masih merekodkan penurunan 2.48% pada paras $0.47 dalam tempoh 24 jam lalu dengan modal pasaran $24 bilion.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat