XRP Boleh Meletup Sampai $2, Tapi Bila?

1,501

“Pelabur jangan FOMO pula, ini hanyalah ramalan jangan yakin 100%.”

Setelah Hakim Analisa Torres memutuskan Ripple (XRP) bukanlah sekuriti, harganya terus melonjak mencapai paras tertinggi pada $0.82. Namun, apa yang menjadi persoalan sekarang bilakah mata wang kripto itu dapat tembus $1 atau $2? Ada peluang ke?

Menurut algoritma artificial intelligence (AI)*, harga XRP mungkin bakal menyaksikan kenaikan secara besar-besaran dalam tempoh 12 bulan akan datang susulan daripada keputusan mahkamah yang positif tersebut.

*Melaksanakan dagangan berdasarkan ramalan harganya.

Menerusi pemerhatian, XRP dijangka mencecah $1 pada Januari 2024 dan kekal stabil untuk dua suku, kemudian harganya berkemungkinan capai $2 ataupun $2.30 pada Ogos 2024 seterusnya melihat momentum mendatar sepanjang tahun itu.

Jadi di sini dapat dilihat bahawa XRP berpotensi mendaki sebanyak 190% daripada harga semasanya kini. Oleh itu, sekiranya terdapat seseorang yang melabur $1,000 dalam XRP pada masa ini, tak mustahil juga untuknya menjana keuntungan jika ramalan tersebut menjadi kenyataan.

Meskipun begitu, tiada jaminan harga XRP dapat mencanak susulan pasaran kripto sangat tidak menentu dan pergerakannya boleh bertukar sebaliknya sejurus selepas para pelabur berpusu-pusu membeli sesuatu aset digital itu.

Oleh demikian, pelabur dinasihatkan untuk melakukan penyelidikan menyeluruh terlebih dahulu sebelum membuat pembelian XRP mahupun kripto lain sekiranya tidak ingin mengalami sejumlah besar kerugian.

Setakat penulisan ini, harga XRP menjunam sebanyak 5.54% pada paras $0.79 dalam tempoh 24 jam lalu dengan modal pasaran $41 bilion tetapi tetap merekodkan lonjakan sekitar 3.68% sepanjang minggu lepas.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat