XRP Melonjak Lebih 9% Selepas Pelancaran NFT-Devnet!

1,809

Platform pembayaran terbuka, RippleX telah mengumumkan perasmian penubuhan NFT-Devnet untuk menguji kemampuan teknologi non-fungible token (NFT) di rangkaian dengan kehadiran XLS-20d.

Menurut jurutera perisian RippleX, Nik Bougalis pada 11 Januari, setakat ini ramai pembangun sudah mula membina kes penggunaan untuk aplikasi dan penokenan di NFT-Devnet.

Cadangan untuk memperkenalkan XLS-20d pula mula diketengahkan pada Mei 2021.

Ringkasnya, kehadiran XLS-20d adalah untuk menyokong jenis NFT natif, termasuk menggalakkan  pertambahan, pembelian, penjualan, dan penyimpanan token di NFT-Devnet.

Tidak cukup dengan itu, pembangun juga berpeluang untuk mengakses keseluruhan fungsi yang berkaitan dengan NFT seperti: minting, perdagangan, dan pembakaran sebelum pelancaran rasmi di mainnet, XRP Ledger (XRPL).

Menariknya lagi, NFT-Devnet menyokong ciri-ciri yang lebih maju, termasuk royalti automatik, dan pemilikan bersama.

Bagaimanapun, buat masa sekarang NFT-Devnet masih lagi dalam pengujian beta.

Khabar ini membawa kepada lonjakan harga XRP sebanyak lebih 9% dari paras terendah harian $0.73 pada 11 Januari kepada $0.8 pada hari ini.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat