XRP Semakin Popular, Permintaan Meningkat 97%!

4,042

Dalam laporan terbaru, Ripple mendedahkan rekod jualan XRP bagi suku pertama meningkat 97%.

Rekod penjualan XRP telah meningkat daripada suku keempat 2020 pada jumlah $76.27 juta kepada $150.34 juta dalam suku pertama 2021.

Ripple menyedari peningkatan pembelian matawang ini didorong oleh pertumbuhan permintaan perkhidmatan yang ditawarkan RippleNet, On-Demand Liquidity (ODL).

Data CryptoCompare menunjukkan jumlah jualan yang dilakukan Ripple telah menyumbang sebanyak 0.07% daripada jumlah global XRP.

Pada masa yang sama, sebanyak 3 bilion XRP telah dilepaskan dari pegangan escrow dan 2.7 bilion XRP dipulang ke dalam kontrak escrow yang baru.

Lonjakan harga XRP baru-baru ini juga dikaitkan dengan pembelian 40% saham firma pembayaran rentas sempadan, Tranglo bertujuan untuk mengembangkan perkhidmatan ODL.

Malah, jumlah wallet yang memiliki sejuta sehingga 10 juta XRP telah meningkat sebanyak 6.3% daripada 1,125 pada suku keempat kepada 1,196 pada suku pertama.

Harga XRP meningkat 648% sejak 12 bulan yang lalu walaupun ditekan oleh saman Securities Exchange Commission (SEC). Ketika penulisan, XRP didagangkan pada $1.56, susut hampir 6% dalam 24 jam.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat