XRP, TRX, DOGE Ranap!

2,882

Harga XRP pada Sabtu lalu mencatatkan rekod $0.28 sebelum berlaku lonjakan kepada $0.75 malam tadi ekoran daripada rancangan para pelabur pump altcoin itu secara global.

Sebelum ini aset yang dibangunkan Ripple itu berjaya melonjak lebih 100% sepanjang hari minggu dengan rekod harga dibuka pada $0.29 pada Sabtu kepada paras tertinggi $0.60 keesokkannya.

Bagaimanapun, harga XRP gagal menghampiri $1 pada malam tadi apabila susut mendadak sebanyak 51% kepada $0.36 pada awal pagi ini.

Ketika penulisan, XRP didagangkan pada $0.34, susut lebih 27% dalam tempoh 24 jam.

Pada masa yang sama, Dogecoin (DOGE) juga dilihat berhadapan dengan pump yang rata-ratanya didorong oleh kicauan dari laman Twitter @WSBChairman dan lambakan pengguna laman Reddit, r/SatoshiStreetBets yang cuba membawa aset itu ke paras tertinggi.

Bagaimanapun, sama seperti XRP, DOGE juga gagal bertahan apabila susut hampir 50% sejak mencatatkan rekod paras tertinggi, $0.076 pada 29 Januari selepas melonjak lebih 380%.

Ketika penulisan, DOGE didagangkan pada $0.30, susut lebih 12% dalam tempoh 24 jam.

Tidak lupa juga Tron (TRX) yang meraih perhatian pengguna Reddit, r/wallstreetbets yang bertanggungjawab dalam lonjakan saham GME pada bulan lepas selepas CEO Tron, Justin Sun berjanji untuk melabur sebanyak $1 bilion dalam saham GME.

TRX juga dilihat melonjak pada hari yang sama seperti DOGE, catat rekod $0.041 sebelum susut lebih 20% kepada $0.030. Ketika ini, TRX didagangkan pada $0.30, susut lebih 5% dalam 24 jam.

Manakala, dua matawang kripto utama Bitcoin (BTC) dan Ethereum (ETH) masing-masing mencatatkan harga $32,612 dengan sedikit susut lebih 3% dan $1,378, meningkat 4.6% dalam 24 jam.

Jadi Subscriber VIP INTRADAY
Sertai bersama lebih 30,000 subscribers VIP kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang forex trading.
* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat