Yahoo! Akhirnya Bursa Positif Balik Pada Penghujung Bulan

176

Pada jam 9 pagi penanda aras FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) naik 1.86 mata pada 1,585.28 daripada penutupan Selasa pada 1,583.42.

Indeks dibuka kukuh 2.13 mata pada 1,585.55.

Ia dibuka tinggi apabila aktiviti bargain-hunting berlaku ekoran prestasi positif di Wall Street apabila pelabur meraikan perkembangan baik rundingan Rusia-Ukraine.

Di pasaran meluas, pelabur menyaksikan kaunter untung mengatasi rugi dengan 192 berbanding 123, manakala 193 kaunter pula tidak berubah, 1,784 tidak didagangkan dan 88 digantung.

Jumlah perolehan pada 2.4 juta unit bernilai RM1.87 juta.

Nota Malacca Securities Sdn Bhd menjangkakan pemulihan menyeluruh di bursa tempatan akan berlaku dengan perlabur mungkin memberi fokus kepada saham bertemakan permulihan seperti sektor pengguna, kewangan, pelancongan dan penerbangan menjelang pembukaan semula sempadan pada Jumaat ini.

Selain itu, pelabur mungkin menjauhkan diri dari sektor tenaga dan perladangan ekoran harga minyak sawit mentah masih dalam mod julat sementara saham teknologi mungkin menjejaki prestasi positif semalaman Nasdaq.

Saham berwajaran tinggi menyaksikan Malayan Banking Bhd naik 3 sen pada RM8.93, Public Bank Bhd dan CIMB Group Holdings Bhd tambah 1 sen pada RM4.64 dan RM5.33 sementara Petronas Chemicals Group Bhd hilang 2 sen pada RM9.56 dan IHH Healthcare Bhd kekal pada RM6.19.

Saham aktif memperlihatkan Sapura Energy Bhd dan BSL Corp Bhd turun 0.5 sen pada 3.5 sen dan 16.5 sen sementara CSH Alliance Bhd, SMTrack Bhd, Pasukhas Group Bhd dan Widad Group Bhd kekal pada 15 sen, 8 sen, 2 sen dan 35.5 sen.

Di papan indeks, FBM 70 memulih 93.63 mata pada 13,719.07, indeks FBM Emas mencanak 25 mata pada 11,343.88, indeks FBM Emas Shariah melantun 20.43 mata pada 11,914.75, indeks FBMT 100 memacu 27.54 mata pada 11,029.76 dan FBM ACE meningkat 54.75 mata pada 5,613.14.

Segi sektor, indeks Industri Produk dan Perkhidmatan mengurang 0.25 mata pada 203.9 dan indeks Perladangan mengurang 10.81 mata pada 7,976.91 sementara indeks Perkhidmatan Kewangan menambah 52.95 mata pada 16,720.3.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat