Yahoo & AOL Dijual Semula!

338

Dua perintis perkhidmatan web, Yahoo dan AOL dijual semula selepas pemilik terbaharu gagal memulihkan pendapatan kedua-dua firma terbabit.

Syarikat telekomunikasi gergasi Amerika Syarikat (AS), Verizon menjual aset medianya termasuklah Yahoo dan AOL kepada firma ekuiti swasta AS dalam perjanjian bernilai AS$5 bilion.

Verizon membeli Yahoo pada 2017 dan AOL pada 2015 dengan nilai AS$9 bilion.

Yahoo dan AOL sebelum ini merupakan peneraju utama ketika awal era Internet namun kini telah dibayangi oleh firma-firma seperti Google dan Facebook.

Di bawah penjualan set media kepada Apollo Global Management, Verizon akan mengekalkan 10% kepentingannya.

Verizon membeli dua firma berkenaan dengan harapan agar dapat menembusi pasaran pengiklanan digital dengan cepat dan percaya bahawa kedua-dua jenama berkenaan mempunyai daya tarikan yang kuat dengan para pengguna.

Menurut Apollo, masih ada peluang besar untuk membina dua jenama tersebut menjadi kuasa besar media digital dan pengiklanan digital.

“Kami gembira dapat membantu membuka potensi luar biasa Yahoo dan koleksi jenamanya yang tiada tandingan.

“Kami sangat menghormati dan mengagumi kerja keras serta perkembangan yang dilakukan oleh seluruh organisasi dalam tempoh beberapa tahun kebelakangan ini,” kata rakan kongsi ekuiti swasta di Apollo, Reed Rayman.

Menurut platform SimilarWeb, Yahoo masih dianggap sebagai salah satu agregator berita teratas di Internet dan laman web kesebelas yang paling banyak dikunjungi di dunia dengan 3.8 bilion dilawati dalam tempoh 6 bulan terakhir.

Jadi Subscriber VIP INTRADAY
Sertai bersama lebih 30,000 subscribers VIP kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang forex trading.
* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat