Yellen Bersuara, Seru Belanjawan Fiskal Tangani Inflasi!

265

Setiausaha Perbendaharaan A.S. Janet Yellen pada hari ini mengeluarkan kenyataan di hadapan para Senator bahawa Amerika Syarikat boleh berhadapan dengan “paras inflasi yang tidak boleh diterima” dan pendirian belanjawan yang sesuai diperlukan untuk membantu meredakan tekanan inflasi tanpa menjejaskan ekonomi.

Yellen berkata dalam ucapan awal kepada Jawatankuasa Kewangan Senat bahawa butiran dalam undang-undang perbelanjaan yang dicadangkan Presiden Demokrat Joe Biden boleh membantu mengurangkan kos untuk rakyat Amerika, termasuk untuk ubat preskripsi dan inisiatif tenaga bersih.

Menurut Yellen, “Kami pada masa ini berhadapan dengan cabaran makroekonomi, termasuk tahap inflasi yang tidak boleh diterima serta tekanan yang berkaitan dengan gangguan yang disebabkan oleh kesan pandemik ke atas rantaian bekalan dan kesan gangguan sampingan bekalan kepada pasaran minyak dan makanan akibat perang Rusia di Ukraine”.

Yellen kini turut berhadapan dengan kecaman daripada Parti Republikan selepas mengakui beliau telah ‘salah’ pada tahun lepas mengenai hala tuju inflasi. Tanpa dijangka kenaikan harga mencecah paras tertinggi 40 tahun.

Yellen turut menyatakan bahawa Rizab Persekutuan mempunyai tanggungjawab utama untuk menurunkan inflasi dan dalam masa yang sama memberi kelonggaran kepada The Fed dalam penetapan dasar monetari.

“Untuk meredakan tekanan inflasi tanpa menjejaskan kekuatan pasaran buruh, pendirian belanjawan yang sesuai diperlukan untuk melengkapkan tindakan dasar monetari oleh Rizab Persekutuan,” katanya.

Yellen turut mengulas cadangan belanjawan fiskal 2023 Joe Biden, dimana ia mencadangkan “pelaburan yang bijak dan bertanggungjawab secara fiskal: mengurangkan defisit dan mengekalkan beban ekonomi hutang yang rendah.” Perbelanjaan itu dibiayai oleh kenaikan cukai yang dikenakan ke atas syarikat dan rakyat Amerika terkaya bagi menambah baik kutipan cukai.

Akhir sekali beliau optimis dan berharap Kongres juga akan melaksanakan cukai minimum global ini sebagai sebahagian daripada agenda perundangannya

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat