Yellen: Fed Akan Memastikan Regulasi Sesuai Dengan Kedudukan Bank

54

Pengerusi Federal Reserve, Janet Yellen berkata bank pusat US perlu berusaha untuk memastikan peraturan seiring mengikut kedudukan, kerumitan dan peranan sebagai penyelia pemberi pinjaman.

“Sebagai komuniti bank yang harus mengelak sebarang aktiviti perniagaan yang berisiko sehingga boleh membawa kepada krisis kewangan, kami telah memberi tumpuan bagi memastikan penambahbaikan peraturan dan penyeliaan yang lebih sesuai dan tidak membebankan.”, kata Yellen awal pagi Khamis.

Yellen tidak memberi ulasan mengenai pandangan beliau terhadap unjuran kadar faedah atau ekonomi dalam teks ucapannya.

“Bank pusat (Fed) mempunyai komitment yang tinggi untuk mempertimbangkan bagaimana keputusan kami akan mempengaruhi institusi dan pelanggan-pelanggan mereka”, tambah Yellen menerusi dihadapan persidangan tahunan komuniti bank Fed di St Louis.

Pegawai-pegawai Fed kebiasaannya akan mempertahankan peraturan yang telah diubah selepas krisis kewangan sebagai salah satu langkah melindungi daripada krisis di masa hadapan, walaupun Yellen dan sebahagian yang lain sering mengatakan keperluan yang dikenakan ke atas setiap komuniti bank boleh dikurangkan.

Keterbukaan Yellen untuk melakukan perubahan dilihat seiring dengan pendekatan Presiden Trump yang ingin mengurangkan peraturan dalam perniagaan. Calon naib pengerusi Fed Trump bahagian penyeliaan dan peraturan , Randal Quarles sedang mendapat pengesahan Senat dan keputusan bakal dikeluarkan seawal hari ini.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat