Yen Kritikal, USD/JPY Pecah Rekod Tertinggi 38 Tahun!

213

Menjadi tumpuan pelabur pada dagangan Rabu semalam adalah pada pergerakan nilai mata wang Yen yang mengalami kejatuhan lebih parah.

Yen susut berbanding US dolar ke paras terendah sejak 1986 melepasi paras harga puncak yang dicatatkan pada tahun 1990 dahulu.

Situasi ini menimbulkan kebimbangan dan meningkatkan spekulasi dalam kalangan pelabur bahawa pihak berkuasa Jepun akan bertindak untuk campur tangan dalam pasaran.

Pada penghujung April lalu, telah berlaku pengukuhan drastik Yen secara tiba-tiba dan penganalisis melihat berlaku campur tangan secara terus namun pihak kerajaan dan bank pusat Jepun hanya mendiamkan diri.

Namun, dagangan yang bersambung pada Mei dan Jun menyaksikan penyusutan semula Yen dan semalam rekod baru tercipta lagi.

Meneliti carta pasangan mata wang USD/JPY, harga telah membuat lonjakan semalam melepasi zon rintangan 160.00 iaitu zon tertinggi dicapai harga pada penghujung April lalu yang menjadi rekod tertinggi harga sejak 1990.

Kini harga yang melonjak lebih tinggi telah mencapai ketinggian baru pada 160.800 dengan corak pergerakan bullish harga masih berterusan melihatkan harga kekal berada di atas garisan sokongan Moving Average 50 (MA50) pada rangka masa 1 jam di carta tersebut.

Penurunan sedikit harga berlaku di sesi Asia hari ini (Khamis), namun tidak mustahil untuk harga terus mencatatkan rekod terbaru lagi dengan jangkaan untuk US dolar mengekalkan pengukuhannya.

Berkemungkinan sasaran terbaru adalah pada sekitar 162.00 mampu dicapai harga sekiranya situasi semasa pasaran tidak berubah.

Namun, waspada sekiranya berlaku campur tangan dalam pasaran dalam usaha untuk memulihkan kembali kejatuhan Yen.

Harga yang menjunam di bawah paras 160.00 boleh mengheret penurunan lebih rendah semula harga ke sekitar 158.200.

Lihat gambar carta harga pasangan USD/JPY di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.

Carta yang dipaparkan di atas menggunakan platform SaracenMarkets, buka akaun trading anda di SaracenMarkets hari ini. – KLIK DI SINI – MULA TRADE SEKARANG

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat