Yen Menguat Walaupun Data Pendapatan Tokyo Lemah, Korea Utara Masih Menjadi Tumpuan

58

Dolar lemah berbanding yen pada Rabu walaupun data pendapatan Tokyo hari ini tidak memberansangkan dan para pelabur masih meneliti hal yang akan berlaku sekiranya Korea Utara berjaya menjalankan ujian peluru berpandu antara benua (ICBM) pada 9 September nanti, sekaligus akan melibatkan penggunaan teknologi anti peluru berpandu untuk hentikan ujian tersebut.

Yen terus menguat berbanding dolar dengan menolak USD/JPY lebih rendah pada pagi ini ke paras 108.73, susut 0.07% setakat jam 9.40 pagi.

Indeks US dolar yang mengukur kekuatan greenback berbanding enam matawang utama yang kekal di paras 92.28.

Jepun melaporkan purata pendapatan tunai jatuh 0.3% berbanding jangkaan 0.5% pada bulan Ogos tahun ke tahun.

Semalam dolar terus ditekan berikutan ketegangan yang berterusan antara US dan Korea Utara, meningkatkan permintaan terhadap instrumen safe haven sementara pegawai-pegawai Federal Reserve mendesak supaya berhati-hati dengan kenaikan faedah seterusnya sehingga kadar inflasi bertambah baik.

Dolar bermula lemah pada awal dagangan US yang dibuka pada Selasa berikutan para pelabur bertindak untuk keluar daripada aset-aset yang berisiko selepas Korea Utara berjaya menjalankan ujian hidrogen bom mereka pada hari Ahad yang lalu.

US memberi amaran kepada Korea Utara dan memohon UN untuk menyekat Pyongyang daripada menjalan ujian bom nuklear selanjutnya.

Kontrak emas di Comex melonjak pada sesi yang lepas menghampiri paras tertinggi setahun yang lalu dan tutup pada  $1.346.80. Harga emas masih berada di sekitar harga tersebut dengan susut 0.02% kepada $1,344.16

Para pelabur mula mengalihkan perhatian mereka kepada monetari polisi pada sesi yang lalu selepas Gabenor Fed, Lael Brainard menggesa bank pusat US untuk mula menangguhkan kenaikan kadar faedah berikutan kadar inflasi masih lemah. Hal tersebut diulas beberapa jam sebelum ucapan Federal Reserve Bank Minnepolis, Presiden Neel Kashkari dan Federal Reserve Bank Dallas, Presiden Robert Kaplan

Sterling mendapat manfaat daripada kejatuhan greenback dengan menolak GBP/USD ke paras $1.30, naik 120 pips.

Euro turut meningkat sekitar 50 pip ke paras 1.1917 menjelang keputusan kadar faedah bank pusat Eropah ECB pada Khamis nanti.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat