Yen Susut Menjelang Mesyuarat BOJ, USD/JPY Melonjak Ke Paras Ketinggian 108.00

574

Sentimen risk-on pasaran pada awal minggu ini telah mendorong pergerakan lemah bagi matawang safe-haven terutama US dolar dan Yen.

Namun, dagangan Yen lebih ketara menyusut berbanding US dolar susulan Bank of Japan (BOJ) bakal mengadakan mesyuarat di luar jadual mesyuarat polisi pada Jumaat ini.

Mesyuarat tersebut akan memfokuskan langkah baru dalam menyokong perusahaan kecil dan sederhana di Jepun.

Yen sebelum ini telah bergerak lemah dalam pasaran selepas Jepun berdepan krisis kemelesetan ekonomi dengan penyusutan pada pertumbuhan GDP suku tahun pertama 2020.

Pergerakan harga pada carta pasangan matawang USD/JPY semalam telah mempamerkan kenaikan harian hampir 80 pips dari paras 107.300 melepasi ketinggian 108.00 sebelum menutup dagangan pada sesi New York lebih rendah semula.

Pada sesi Asia pagi ini, harga memulakan dagangan di sekitar paras 107.700 sebelum membuat kenaikan menuju semula ke paras 108.00 namun dilihat masih gagal melepasi zon resistance tersebut.

Jika harga membuat penurunan semula, harga akan kembali menguji paras sokongan Moving Average 50 (MA50) sebelum menuju zon RBS (resistance become support) sekitar 107.400.

Penurunan lebih rendah dilihat akan menuju pula zon RBS seterusnya sekitar paras 107.000.

Namun jika harga kembali meneruskan kenaikan semalam, harga yang melepasi paras resistance 108.00 dilihat akan menuju paras ketinggian pada 108.500 yang berada pada zon SBR (support become resistance).

Sedikit kenaikan yang diteruskan akan mencecah paras 108.700 yang juga berada pada zon SBR pada carta USD/JPY.

Lihat gambar carta pasangan matawang USD/JPY di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.

Carta yang dipaparkan di atas menggunakan platform SaracenMarkets, buka akaun trading anda di SaracenMarkets hari ini. – KLIK SINI

 

Jadi Subscriber VIP INTRADAY
Sertai bersama lebih 30,000 subscribers VIP kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang forex trading.
* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat