Yen Terpaksa Akur Dengan Penguasaan Greenback dalam Sesi Asia

38

US Dollar meningkat pada Rabu disaat pasaran masih menanti perbincangan bank pusat global yang bakal diadakan di Jackson Hole, Wyoming bagi penunjuk masa hadapan terhadap kenaikan kadar.

Data pada Selasa menunjukkan jualan rumah baru AS tanpa dijangka meningkat untuk bulan Julai dan sekali gus mencerahkan prospek pasaran perumahan.

US Dollar mendaki sebanyak 0.1% lebih tinggi kepada 100.30 yen.

USD/JPY dinilai lebih tinggi pagi ini selepas Bank of Japan dan Kuroda menyimpan harapan bagi lebih pelonggaran pada masa akan datang.

Jelas penganalisis di Bank of Tokyo Mitsubishi, lebih banyak pelonggaran dasar akan dijalankan pada bulan September. Beliau turut berpendapat bahawa masih banyak ruang untuk kadar bergerak pada nilai negatif.

US Dollar Index yang melawan enam matawang utama kali terakhir dinilai pada 94.593.

Adakah Ini Sebenarnya Yang Diperlukan Oleh Ekonomi Jepun? 

 

 

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat