Yen Terpaksa Akur Dengan Penguasaan USD Pada Minggu Ini

318

US dolar menuju minggu terbaiknya sejak Mac berbanding yen Jepun, ketika berita mengenai vaksin membawa pelabur beralih daripada safe-haven yen, walaupun matawang utama hanya meraih sedikit keuntungan disebabkan krisis pandemik yang bertambah buruk di Eropah dan Amerika Syarikat.

Kebimbangan terhadap peningkatan kes Covid-19 telah membantu yen memadamkan sedikit kerugian dengan mencatatkan kenaikan 0.3% berbanding USD. Namun, matawang itu masih 1.7% lebih rendah berbanding USD pada minggu ini.

Safe-haven yen didagangkan stabil di sekitar paras harga 104.90 berbanding USD pada sesi Asia.

Dolar Aussie pula terus didagangkan di bawah tekanan berikutan sentimen pasaran yang suram selain turut terkesan dengan peningkatan dalam ketegangan antara Australia dan China.

Kelemahan sentimen turut mendorong dolar kiwi memadamkan hampir sebahagian daripada keuntungannya yang diraih minggu ini susulan keputusan bank pusat New Zealand yang mungkin tidak akan melaksanakan kadar negatif sehingga 2021.

Pada sesi sebelum ini, pasaran telah diperlihatkan dengan bacaan indeks harga pengguna AS yang tidak berubah pada bulan Oktober berikutan kenaikan harga makanan yang sederhana dan diimbangi oleh petrol lebih murah. Kadar inflasi tahunan AS pula meningkat 1.2% daripada peningkatan 1.4% pada bulan sebelumnya.

Euro adalah satu-satunya matawang yang meningkat berbanding USD, walaupun dengan kelemahan data pengeluaran perindustrian dan amaran oleh Canselor Jerman, Angela Merkel bahawa sekatan mungkin akan dilanjutkan hingga bulan Disember.

Sementara itu, matawang yang mempamerkan prestasi terburuk pula adalah pound sterling yang didorong oleh kurangnya kemajuan dalam rundingan perdagangan Brexit dan data ekonomi yang lebih lemah daripada dijangkakan.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat