Zon RBS 125.00 Diuji Harga Pada Dagangan EUR/JPY Hari Ini, Paras Resistance 125.400 Turut Jadi Tumpuan

469

Matawang Euro pada minggu ini dijangka didagangkan berisiko dengan pelabur juga turut berwaspada dalam dagangan.

Tumpuan pasaran pada minggu ini akan terarah kepada penetapan kadar faedah dalam mesyuarat dasar monetari bank pusat Eropah pada Rabu ini. Pasaran masih menjangkakan bank pusat akan mengekalkan kadar faedah di paras sifar seperti sebelum ini.

Intonasi dovish oleh European Central Bank (ECB) pada mesyuarat lalu serta pengumuman pelancaran kempen pinjaman jangka masa panjang menguatkan lagi jangkaan bahawa tiada kenaikan kadar oleh bank pusat untuk tahun 2019.

Sementara matawang safe-haven Yen pula turut kekal diniagakan berisiko dalam pasaran berikutan faktor fundamental berkaitan bank pusat namun dilihat berjaya mengukuh pada penghujung dagangan Asia ekoran jangkaan sentimen yang bakal berisiko pada sesi pasaran Eropah hari ini.

Data indeks keyakinan pengguna di Jepun yang dikeluarkan pada sesi Asia pagi ini mencatatkan kejatuhan kepada 40.5 mata untuk bacaan bulan Mac berbanding 41.5 mata pada bulan sebelumnya. Bacaan tersebut juga merupakan yang terendah sejak Februari 2016 yang lalu.

Gabenor Bank of Japan, Haruhiko Kuroda masih tetap yakin dengan pendirian bahawa bank pusat harus mengekalkan dasar monetari yang longgar.

Jika dilihat pergerakan harga pada chart pasangan matawang EUR/JPY, harga gagal melepasi kenaikan lebih tinggi dari paras resistance 125.400 yang diuji pada minggu lalu.

Penurunan harga pada sesi Asia pagi tadi menuju ke paras support 125.00 juga berhampiran paras support MagicS1 pada indicator Moshed Magic Line hari ini sebelum harga dilihat bergerak membuat sedikit kenaikan.

Jika harga berjaya membuat kenaikan sehingga menembusi paras resistance 125.400 yang diuji minggu lalu, destinasi tumpuan seterusnya dijangka ke paras SBR (support become resistance) pada 125.800.

Namun, jika harga berjaya turun lebih rendah berbanding support 125.000, penurunan harga dijangka menuju ke paras support 124.623 (MagicS3) atau lebih rendah lagi di sekitar paras tumpuan pada 124.300.

Lihat gambar chart pasangan matawang EUR/JPY di bawah untuk rujukan teknikal analisis anda. Perhatikan paras tumpuan harga yang digariskan pada indicator Moshed Magic Line untuk membantu anda mengawal risiko dagangan harian.

Paras support: 125.051, 124.853, 124.623.

Paras resistance: 125.479, 125.709, 125.907.

Jadi Subscriber VIP INTRADAY
Sertai bersama lebih 30,000 subscribers VIP kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang forex trading.
* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat