Zon Sokongan $1.3200 Pacu Lonjakan Harga Untuk GBP/USD

397

Matawang Pound kembali merekod pengukuhan di hujung minggu susulan pasaran didorong oleh aktiviti pengambilan untung (profit taking) di ketika penerbitan data inflasi Amerika Syarikat (AS).

Pasaran akan terarah kepada data sektor ekonomi UK dan mesyuarat Bank of England (BOE) pada minggu ini dengan jangkaan keyakinan untuk BOE mengetatkan dasar semakin berkurangan akibat varian Omicron yang makin menggusarkan di UK sehingga langkah sekatan pergerakan diumumkan minggu lalu.

Tetapi menjadi tumpuan juga adalah berkaitan mesyuarat FOMC yang bakal berlangsung pada awal pagi Khamis ini dalam melihat sama ada rencana Federal Reserve (Fed) akan menepati jangkaan atau sebaliknya pada landasan pengetatan polisi.

Pergerakan harga pada carta pasangan matawang GBP/USD nampaknya kembali melonjak setelah zon sokongan 1.32000 menyokong semula lonjakan yang sekali gus terus menembusi trendline resistance.

Aksi lonjakan menembusi trendline resistance itu juga sama sekali telah menyangkal corak descending triangle yang dipamerkan pada minggu lalu (Jumaat) untuk memberi gambaran awal perubahan trend.

Gambaran itu diperkuatkan selepas pergerakan harga dilihat kembali bergerak di atas paras rintangan Moving Average 50 (MA50) yang sering dianggap sebagai petunjuk kepada trend bullish akan berlaku.

Jikalau begitu, sudah semestinya pelabur bakal membuat jangkaan untuk menyaksikan harga mendaki semula ke zon SBR (support become resistance) 1.33000 sebelum mengeluarkan sasaran seterusnya.

Sasaran lebih tinggi akan memperlihatkan harga mencapai zon SBR 1.34000 dan secara tidak langsung aspek berkenaan akan perkukuhkan lagi jangkaan pelabur untuk pergerakan harga terus kekal bullish.

Namun trendline resistance serta zon sokongan 1.32000 kemungkinan bakal menjadi tumpuan utama andai kata harga kembali membuat rebounce ataupun terus membuat penurunan harga lebih rendah.

Penurunan harga selanjutnya sudah tentunya akan mendorong pergerakan harga mencecah ke paras terendah sejak Disember 2020 sekitar 1.31600 dan dijangka akan mampu untuk kekal menurun lagi.

Lihat gambar carta harga pasangan matawang GBP/USD di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.

Carta yang dipaparkan di atas menggunakan platform SaracenMarkets, buka akaun trading anda di SaracenMarkets hari ini. – KLIK DI SINI – MULA TRADE SEKARANG

Jadi Subscriber VIP INTRADAY
Sertai bersama lebih 30,000 subscribers VIP kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang forex trading.
* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat