Zon Support $1.1800 Diharapkan Menyokong Lonjakan EUR/USD

230

Pelabur melihat pergerakan US dolar masih stabil pada pembukaan pasaran awal minggu ini selepas berjaya menutup dagangan penghujung minggu lalu dengan positif.

Pandangan pelabur yang lebih berwaspada menjangkakan bahawa Federal Reserve (Fed) berkemungkinan akan keluar daripada polisi yang longgar sebelum ini walaupun berdepan peningkatan kes jangkitan Covid-19, bakal menyokong pergerakan semasa bagi US dolar.

Data inflasi Amerika Syarikat (AS) serta data jualan runcit akan menjadi tumpuan bagi isyarat pergerakan US dolar pada minggu ini.

Sementara mata wang Euro pula dilihat gagal mendapat suntikan untuk mengukuh selepas keputusan mesyuarat bank pusat Eropah minggu lalu dinilai bernada dovish.

Bacaan akhir data inflasi Eropah yang akan diterbitkan pada Jumaat sedikit berubah dan boleh mempengaruhi pergerakan Euro sebelum penutupan dagangan miggu ini.

Pada carta harga pasangan mata wang EUR/USD, harga dilihat memaparkan corak penurunan dari awal minggu sehingga ke paras sokongan 1.18000.

Walaupun terdapat peningkatan semula pada dagangan penghujung minggu, namun harga kembali susut semula menuju paras 1.1800 dan pergerakan harga perlahan di paras tersebut bersambung pada awal sesi Asia hari ini (Isnin).

Pergerakan harga di bawah paras halangan Moving Average 50 (MA50) pada rangka masa 1 jam memberi isyarat untuk pergerakan bearish, namun harga perlu turun lebih rendah di bawah support 1.18000 untuk arah yang lebih jelas.

Penurunan yang diteruskan bakal menuju paras support seterusnya sekitar 1.17000 untuk catatkan paras terendah terbaru 2 minggu.

Namun, paras 1.18000 berjaya menyokong kenaikan harga semula pada minggu ini, zon resistance 1.19000 akan kembali menjadi tumpuan untuk diuji harga.

Kenaikan lebih tinggi melepasi rintangan tersebut pada trend bullish harga semula akan mensasarkan paras ketinggian terbaru menuju 1.20000.

Lihat gambar carta pasangan mata wang EUR/USD di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.

Carta yang dipaparkan di atas menggunakan platform SaracenMarkets, buka akaun trading anda di SaracenMarkets hari ini. – KLIK DI SINI – MULA TRADE SEKARANG

Jadi Subscriber VIP INTRADAY
Sertai bersama lebih 30,000 subscribers VIP kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang forex trading.
* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat