100 PIPS Menaik Atau Menurun Pada Dagangan NZD/USD?

584

Matawang berpulangan tinggi dolar AUD dan dolar NZD terus mencatatkan pengukuhan nilai pada sesi pasaran Eropah hari ini dipacu oleh perkembangan optimis rundingan dagang antara China dan Amerika Syarikat.

Walaupun maklumat terperinci berkenaan rundingan tersebut masih belum jelas sepenuhnya, namun perkembangan laporan setakat ini seakan memberi isyarat yang positif menuju ke arah kesepakatan rundingan dalam masa terdekat ini.

Dagangan Kiwi turut disokong oleh data jualan runcit di New Zealand untuk suku tahun keempat yang dikeluarkan pada awal sesi Asia pagi ini dengan mencatatkan kenaikan terbesar 1.7% lebih tinggi berbanding data sebelumnya pada 0.3% dan juga mengatasi jangkaan kenaikan 0.5%.

Data jualan runcit teras turut mencatatkan angka kenaikan kepada 2.0% berbanding sebelumnya pada 0.7% juga mengatasi jangkaan kenaikan 0.8%.

Manakala, dolar USD masih didagangkan lemah berbanding matawang utama yang lain sementara sesi pasaran New York masih belum dibuka.

Dengan ketiadaan data ekonomi tumpuan pada hari ini berkemungkinan dagangan dolar USD akan terus mendatar dan fokus pelabur akan tetap terarah kepada perkembangan rundingan dagang AS-China.

Jika diperhatikan pergerakan harga pada dagangan pasangan matawang NZD/USD sejak Jumaat lalu, harga yang pada mulanya membuat penurunan kembali melonjak hampir 100 pips kenaikan dicatatkan sebelum sesi pasaran New York minggu lalu ditutup.

Harga terus menyambung kenaikan pada permulaan dagangan minggu ini sejak sesi Asia bermula pagi tadi di mana harga dilihat menguji paras resistance 0.6877 (MagicR1) pada indicator Moshed Magic Line sehingga bersambung ke sesi pasaran Eropah.

Dilihat terdapat satu zon resistance di bawah paras harga 0.69000 yang masih gagal ditembusi harga sejak diuji pada dagangan minggu lalu.

Sekitar 100 pips kenaikan mampu dicatatkan harga jika zon resistance 0.6900 berjaya ditembusi sebelum harga menuju ke paras sekitar resistance 0.6973 (MagicR3).

Sebaliknya, harga bakal mengalami kejatuhan sekitar 100 pips juga ke paras RBS (resistance become support) 0.67700 jika sentimen semasa kembali tidak memihak kepada Kiwi.

Lihat gambar chart NZ/USD di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda dan perhatikan juga paras tumpuan yang digariskan pada indicator Moshed Magic Line untuk membantu anda dari segi pengawalan risiko.

 

Paras support: 0.6782, 0.6722, 0.6686.

Paras resistance: 0.6877, 0.6913, 0.6973.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat