2 Laporan Impak Tinggi Tumpuan Pasaran Hari Ini

70

Minit Mesyuarat FOMC (2.00 am, Khamis)

Federal Reserve akan mengeluarkan laporan minit mesyuarat Federal Open Market Committee (FOMC yang dijalankan pada 19-20 Sepember yang lalu dimana Fed mengekalkan kadar faedah dan menjelaskan akan mula mengecilkan pegangan bon mereka pada Oktober.

Ucapan dasar yang dikeluarkan selepas mesyuarat menunjukkan ahli-ahli FOMC telah mengkaji semula unjuran mereka terhada pertumbuhan ekonomi dan kebanyakkannya menyokong kadar dinaikkan sekali lagi tahun ini.

Minit mesyuarat ini dijangka akan memberi lebih banyak perincian mengenai unjuran Fed terhadap ekonomi jangka masa pendek dan pandangan mereka terhadap peningkatan kadar faedah.

Greenback lemah berbanding matawang utama yang lain dengan indeks USD susut 0.70% sejak 2 hari lalu dan berada di paras 93.04 hari ini

Laporan Bulanan OPEC

Pasaran hadapan minyak bermula positif pada minggu ini dan para pelabur mengalihkan tumpuan mereka pada laporan bulanan OPEC yang akan dikeluarkan hari ini bagi melihat sejauh mana kestabilan pasaran melalui permintaan (bekalan) dan penawaran (pengeluaran).

Laporan ini dikeluarkan dengan jangkaan pasaran minyak sedang dalam proses pengimbangan semula selepas perjanjian had pengeluaran minyak OPEC yang dilakukan sejak awal tahun ini telah mengurangkan perbezaan antara permintaan dan penawaran.

Berikut adalah perubahan harga minyak mentah setakat jam 9.20 pagi:

Minyak mentah WTI: +0.41%, $51.13
Minyak Brent: +0.37%, $56.76

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat