
Sebelum daripada itu, GDP tahunan UK pula, yang keluar meleset dari jangkaan, 2.6% berbanding 3.0%, malah lebih buruk dari 3.2% pada tahun sebelumnya; menyebabkan para pelabur hilang minat untuk menambah pegangan dalam Pound Sterling. Laporan ekonomi UK juga menyebut, bahawa perbelanjaan isirumah telah menjana pemulihan ekonomi Britain pada suku ketiga, walaupun pendapatan dan pelaburan menunjukkan pengurangan. Ini telah didorong oleh “Black Friday” – jualan murah sempena menyambut kedatangan Krismas dan tahun baru.
Hari ini, dengan ketiadaan sebarang data ekonomi dari United Kingdom sehinggalah Jumaat minggu depan, Dollar dilihat bakal terus menguasai pasaran, terutamanya jika data “initial jobless claims” Amerika Syarikat keluar lebih baik dari jangkaan. Pemohon bantuan untuk penganggur kali pertama dijangka menokok 1,000 pemohon kepada 290 ribu.



















































