
Walau bagaimanapun para pelabur terus menjangkakan permintaan lebih tinggi untuk Dollar, apabila Federal Reserve Amerika Syarikat mengatakan kenaikan “interest rate” berjalan seperti yang dirancang, iaitu seawal April 2015.
Kenaikan “interest rate” Amerika Syarikat dijangka mengurangkan permintaan untuk logam berharga itu kerana emas tidak membayar sebarang “interest” atas pelaburannya. Pelaburan emas banyak bergantung kepada kenaikan nilai yang dipengaruhi pelbagai faktor krisis seperti geo-politik, ekonomi dan inflasi terlampau.
Walau bagaimanapun pasaran hadapan emas menunjukkan sokongan kuat para pelabur pada harga kos produksi $1,200 dengan kontrak Jun 2015 yang mula mendapat permintaan dengan “open interest” sebanyak 34,277.



















































