Aussie Dollar jatuh lebih 70 pips Rabu semalam, untuk mencapai paras terendah harian sekitar 0.7200 sebelum menutup sekitar paras 0.7205; setelah kekuatan dalam dolar AS melucuti kenaikan yang dibuat oleh dolar Australia sehari sebelumnya, selepas komen yang positif dari Reserve Bank of Australia (RBA) mengenai ekonomi tempatan.
Sebelum daripada itu, Dolar Australia memacu naik, selepas minit mesyuarat lembaga RBA pada Oktober menyatakan bahawa ketika ini tidak ada risiko serta-merta untuk ransangan tambahan dan RBA selesa dengan kadar pertukaran semasa. Peningkatan bekalan komoditi serta pertumbuhan global yang lebih perlahan, terutamanya dari pengguna komoditi terbesar di dunia, China, boleh mengekalkan harga komoditi di bawah tekanan; sekaligus meletakkan tekanan kepada defisit akaun semasa Australia, yang sudah pun mencapai lebih dari 4.7% daripada KDNK (GDP).
[adrotate group=”6″]
Kelembapan ekonomi di China, bersama-sama dengan prospek kadar yang lebih tinggi di Amerika Syarikat, boleh melihat mata wang Asia berada di bawah tekanan baru; sekaligus boleh memberi masalah kepada Aussie lantaran hubungan bersejarah Australia dengan mata wang Asia. Namun, ini tidak termasuk yen Jepun dan hakikat bahawa ramai penganalisa melihat Australia sebagai proksi kepada aktiviti ekonomi di seluruh rantau Asia yang lebih luas.