Aussie Dollar yang melonjak lebih 95 pips sepanjang sesi Asia dan pagi Eropah Jumaat lalu, untuk mencapai paras tertinggi harian sekitar 0.7295, kembali menyusut pada sesi New York sebelum menutup sekitar paras 0.7215; setelah ucapan ransangan tambahan dari Presiden ECB Mario Draghi menolak matawang berkaitan komoditi lebih tinggi, ekoran jangkaan pembelian komoditi dari negara Eropah untuk menjana ekonomi mereka.
Dolar Australia meningkat ke paras tertinggi dalam tempoh dua bulan berbanding Euro, apabila Bank Pusat Eropah berkata ia mungkin memperkenalkan langkah-langkah rangsangan monetari baru ekoran kebimbangan pertumbuhan global yang boleh menjejaskan pemulihan Euro-Zone. Dalam ucapan selepas mesyuarat ECB di Malta, Presiden ECB Mario Draghi berkata kelembapan ekonomi global, turun naik pasaran negara membangun dan peningkatan nilai Euro telah mengekalkan tekanan ke atas sasaran inflasi ECB.
[adrotate group=”6″]
Dollar AS mengalami tekanan selepas Bank Commonwealth menaikkan kadar gadai janji berubah sebanyak 15 mata asas, berikutan kenaikan 20 mata asas dari Westpac pada minggu sebelumnya. Pada masa yang sama, National Australia Bank mengumumkan bahawa ia akan menjadi yang ketiga daripada empat bank besar Australia, dalam menaikkan kadar pinjaman rumah, meningkatkannya sebanyak 17 mata asas kepada 5.6%.