Aussie Dollar melonjak lebih 60 pips Isnin semalam, untuk mencapai paras tertinggi harian sekitar 0.7270 sebelum menutup sekitar paras 0.7245; setelah Bank Rakyat China mengurangkan kadar pinjaman, dan juga kadar deposit serta nisbah keperluan rizab bank, untuk meningkatkan perbelanjaan bagi menjana aktiviti ekonominya. Aussie dijangka mendapat permintaan, apabila China mengimport keperluan bahan mentah dari rakan dagangnya itu.
Pengurangan tersebut adalah talian hayat kepada ekonomi global, tetapi lonjakan awal dalam dolar Australia kembali punah. Oanda Australia dan pedagang kanan Asia Pasifik Stephen Innes berkata, “Walaupun penurunan kadar umumnya menyokong Aussie, ini bagaimanapun, adalah penurunan keenam pada tahun ini,” katanya. Pelonggaran dasar ekonomi China adalah peringatan terbaru bahawa terdapat perbezaan dasar kewangan yang berlaku di antara Federal Reserve AS dan bank-bank pusat yang lain.
[adrotate group=”6″]
“Pergerakan harga menekankan bahawa tema perbezaan adalah penting kepada senario kenaikan harga Dollar AS, dimana ianya bukan sahaja didorong oleh masa kenaikan kadar oleh Feds; tetapi juga atas apa yang bank pusat lain lakukan dan akan lakukan.” menurut Marc Chandler, ketua global strategi mata wang di Brown Brothers Harriman.