Pound Dollar menyusut lebih 100 mata dari paras tertinggi harian Khamis semalam, sekitar 1.5270, apabila Dollar terus dibeli walaupun data ekonomi “unemployment claims” Amerika Syarikat tidaklah begitu memberansangkan. Kadar tukaran GBP|USD masih lagi dalam “bearish” sentimen lantaran inflasi UK yang mengurang dari 1% pada November lalu kepada 0.5% December lepas. Keadaan ini sudah semestinya melewatkan kenaikan “interest rate” yang diwar-warkan oleh Gabenor Carney.
Walau bagaimanapun beliau mengatakan, keadaan ini adalah baik bagi pengguna kerana harga yang rendah di kedai-kedai dan stesen-stesen minyak mengurangkan beban kewangan kepada rakyat Britain. Inflasi dijangka terus menurun dalam bulan-bulan yang mendatang, tambah beliau lagi. Namun begitu, ini bukanlah sesuatu yang diharapkan oleh pasaran modal kerana harga yang rendah juga bermaksud aktiviti ekonomi yang kurang. Para pelabur menjangkakan BoE akan terus mengekalkan “interest rate” hingga 2016.
Hari ini Amerika Syarikat bakal melaporkan CPI tahunan yang dijangka mengurang dari 1.3% kepada 0.7%, “capacity utilization” yang mengurang dari 80.1% kepada 80.0%, “industrial production” yang membeku kepada 0.0% berbanding 1.3% bulan lepas, dan “consumer sentiment” yang bertambah baik. Tiada sebarang data ekonomi dari UK hari ini, dan pasaran dijangka terus “ranging” antara julat 1.5220 hingga 1.5120